Connect with us

Oh! Media

Tak Jadi Tutup, Operasi Diteruskan, Kata CEO Utusan

Oh! Negara

Tak Jadi Tutup, Operasi Diteruskan, Kata CEO Utusan

Sumber dari Utusan Malaysia

Hari ini kita dikejutkan dengan berita bahawa Utusan Malaysia mahu menghentikan operasinya kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerja mereka. Akhbar bahasa Melayu yang sudah berusia 80 tahun dikatakan berada dalam situasi sukar kerana tidak mampu menjual aset-aset mereka untuk membayar gaji yang tertunggak atas beberapa faktor.

ADVERTISEMENT

Hari ini, CEO Utsan mengeluarkan kenyataan bahawa akhbar berkenaan adan diteruskan operasinya dengan hanya menerbitkan dua kahbar dibawahnya iaitu Utusan Malasyia dan Kosmo! meskipun dalam keadaan sukar kerana peralihan pembaca dari surat khabar ke platform digital.

Mengakui bahawa selama ini disokong oleh UMNO kerana Utusan menjadi alat propaganda politik mereka untuk mencipta nama, namun segalanya berubah apabila parti berkenaan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 menyaksikan peralihan kuasa kepada pihak pembangkang yang kini menjadi parti pemerintah.

Tambah CEO Utusan, meskipun sukar namun Utusan telah sedia dengan pelan untuk meningkatkan perniagaan mereka. Utusan mengambil langkah untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia dari RM1.50 kepada RM2 dan Kosmo! dari RM1 kepada RM1.50 senaskhah bermula Jumaat ini. Harapan beliau, agar rakyat Malaysia membeli akhbar keluaran Utusan meskipun ada peningkatan harga jualan.

Sumber : Utusan Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas