Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Tunjuk Sikap Matang Dalam Dewan Walau Diejek Ahli Parlimen Veteran

Oh! Negara

Syed Saddiq Tunjuk Sikap Matang Dalam Dewan Walau Diejek Ahli Parlimen Veteran

Sejak semalam, Sidang Dewan Rakyat menjadi fokus utama rakyat dalam melihat pimpinan di bawah kerajaan baru selepas selama beberapa bulan terpaksa ditangguhkan akibat penyebaran wabak Covid-19.

ADVERTISEMENT

Sidang Dewan Rakyat bagaimanapun bersambung hari ini dan antara yang menarik perhatian adalah apabila ahli parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq Abdul Rahman didakwa telah diejek ahli parlimen senior ketika sedang berbahas.

Syed Saddiq yang berusia 27 tahun dan sering dilihat menjadi contoh anak muda untuk berbahas di dalam Dewan Rakyat itu menarik perhatian netizen melalui satu video yang dikongsikan oleh @luqmanlong dalam Twitter.

Kau tengoklah bila orang muda nak berbahas betul-betul. Syed Saddiq kena ejek, buat lawak bodoh, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan. Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni. Bagi orang muda jaga negara la. – Kongsinya.



Video ini turut menarik perhatian pengacara terkenal TV3, Fedtri Yahya yang berpendapat jika pendebat muda yang hebat duduk bersama kelompok begitu, maka habis tercemar semangat dan intelektual mereka.



Walaupun mungkin ada sesetengah pihak akan mengatakan inilah permainan politik yang harus dihadapi, satu persoalan yang kita boleh fikirkan. Mengapa tidak kita mengubah kebiasaan ini yang secara terang salah kepada satu cara yang lebih baik? Kerana, di dalam Dewan yang mulia inilah menjadi medan untuk memikirkan cara menggerakkan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Jadi, lakukan tugas dan amanah ini dengan baik kerana rakyat memerhati.

Kredit: Twitter Luqmanlong

+ Baca respon pembaca yang ikut perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas