Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Nyatakan Dia Tidak Akan Jadi Pak Turut

Oh! Negara

Syed Saddiq Nyatakan Dia Tidak Akan Jadi Pak Turut

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy, mendakwa kononnya Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ADVERTISEMENT

Kesan dari itu, Syed Saddiq tambil memberi respon balas melalui instagram miliknya dengan berkata dia tidak memasuki dunia politik hanya untuk menjadi pak turut. Berikut merupakan penjelasan tegas dari Syed Saddiq.

Saya tidak masuk politik untuk “play safe”.
Saya tidak masuk politik untuk jadi “pak turut”.
Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah. I will never apologise for speaking my mind.

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas YB Dr Afif (PKR) yang turut menyuarakan kebimbangan yang sama. Isn’t he your colleague from Penang? Heck was even an EXCO with you.
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/511348/dr-afif-tetap-mahu-waytha-moorthy-letak-jawatan)

Saya cadangkan YB Ramasamy juga ambil tindakan ke atas Pemuda Amanah kerana “menghina kebijaksanaan Tun”
(https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/511434/pemuda-amanah-terengganu-mahu-nurul-izzah-ganti-waytha-moorthy)

Jangan lupa “sekolahkan” Datuk Kadir Jasin sekali.
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/511591/eloklah-waytha-moorty-letak-jawatan-sebagai-menteri-kadir-jasin)

Sayap pemuda Parti Tuan sendiri pernah mendesak Menteri Pendidikan suruh letak jawatan. Tapi bila ada pimpinan ARMADA buat yang sama, kita dituduh mengkhianati PH, dituduh memainkan sentimen perkauman, dituduh seperti UMNO&PAS. This has nothing to do about race. It’s about agreeing to disagree, about not suppressing people’s right to freely express their viewpoints.

Sebagai Ketua ARMADA, saya bertanggungjawab untuk membenarkan rakan rakan saya untuk bersuara dan tidak membukukan perasaan mereka. Kita percaya dengan slogan, “berani kerana benar”.

So YB, jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini.

-Syed Saddiq-

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas