Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Nafi Wang Tunai RM250,000 Hilang Milik PPBM

Oh! Negara

Syed Saddiq Nafi Wang Tunai RM250,000 Hilang Milik PPBM

Sebelum ini ada berita yang mengatakan sejumlah wang RM250,000 telah dilaporkan hilang dari sebuah kediaman orang kenamaan dan ia diakatakan Wang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Terbaru, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan perkara itu dan mendakwa wang yang hilang itu adalah dari kediaman rumahnya.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Syed Saddiq menafikan dakwaan bahawa wang tersebuh adalah milik PPBM yang disimpan di dalam peti besi kediamannya di Kampung Tungku Petaling Jaya.

Wang tersebut disedarinya hilang pada jam 7 malam pada 28 Mac lalu dan tiada sebarang tanda-tanda pecah rumah. Sebelum itu, Syed Saddiq juga telah memeriksa wang dalam peti besi simpanannya pada 2 minggu lalu sebelum dia kerap meninggalkan rumah atas urusan kerja.

Laporan polis juga telah dilakukan dan anggaran kecurian turut masih belum dapat disahkan lagi.

Seorang wanita warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan. Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana tidak mahu mengganggu siasatan.



Sumber: Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca wang Syed Saddiq hilang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas