Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Dinasihatkan Berhati-hati Bila Keluarkan Pandangan

saddiqjpg

Oh! Negara

Syed Saddiq Dinasihatkan Berhati-hati Bila Keluarkan Pandangan

Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Datuk Dr Firdaus Abdullah menasihatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih baik tidak mengutarakan pandangan jika dia sendiri tidak begitu memahami yang yang dicakapkan.

Firdaus berkata, ketika bercakap tentang isu ketuanan Melayu, Syed Saddiq bercakap tentang latar belakang sejarah dan cara dia bercakap seperti tidak mengetahui sejarah sepenuhnya.

“Atau dia tahu sejarah tetapi tidak menghayatinya. Maka adalah lebih baik agar dia tidak bercakap tentang perkara itu daripada tersalah cakap.

IKLAN

“Ada pepatah mengatakan ‘berfikirlah sebelum bercakap, jangan segala yang terfikir dicakapkan. Maksudnya, pastikan apa yang kita cakapkan itu, kita tahu maksudnya serta tahu kesannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Firdaus berkata, Syed Saddiq sekarang seakan-akan telah terbuai oleh DAP dan perkara itu membahayakan parti dia sendiri.

“Saya rasa dia (Syed Saddiq) lebih baik berdiam diri sahaja mengenai perkara ini. Walaupun dia seorang pendebat yang bagus, tapi dalam hal ini, saya lihat dia tidak mencernakan dengan secerna-cernanya apa yang dia cakap.

“Persepsi orang terhadap cara Syed Saddiq sekarang ini adalah dia seakan-akan tidak faham sejarah dan tidak menghayati apa yang dia cakap, Lebih buruk, dia seakan-sakan sudah masuk perangkap DAP.

“Nasihat saya jika Syed Saddiq ada pandangan yang berbeza dengan orang lain, lebih baik dia tak usah cakap, pendam dan fikirkan dahulu,” katanya.

Sumber: Sinar

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas