Penjelasan YB Syed Saddiq:
Tak serik ke kita asyik tewas ke Singapura, Thailand & sekarang ini, juga di tangan Indonesia & Vietnam.
Saya nak ubah trend ini.
Dahulu, Malaysia sentiasa dipilih sebagai destinasi utama bagi conferences peringkat antarabangsa & international concerts yang menarik minta banyak pelancong luar.
Lihat sahaja di Singapura. Apabila Coldplay & BTS memilih Singapura sebagai destinasi pilihan, Stadium Nasional mereka penuh & tiket habis terjual kurang dari 4jam. Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura & Singapura juga yang dapat “multiplier effect” in tourism. The eyes of the world were on Singapore, not Malaysia.
Kenapa saya bicarakan soal ini?
Perbadanan Stadium Malaysia kini dikendalikan oleh Professionals, bukan sahaja lantikan politik. Dahulu, kita rugi dalam ~RM20 juta setahun, waima fascilities kita di antara yang terbaik di Asia. Kini, selepas rundingan kontrak kontrak berat sebelah & setelah saya melantik board of directors yang baru, we are finally on-track to make our very first Profit!
Lihat sahaja bagaimana Wembley Stadium dikendalikan. Bukan sahaja untuk tujuan bola sepak, tetapi sebagai iconic space yang disewa & digunapakai oleh semua. Concerts, conferences and many more ensure that they always make a profit. Kalau tak dimanfaatkan, bagaimana kita nak raih dana berjumlah puluhan juta untuk penyelenggaraan aset aset kita?
Baru baru ini, kita berjaya membawa Ed Sheeran untuk perform di Stadium Bukit Jalil. Penuh stadium! Orang Singapura & Indonesia pun turun ke Malaysia. Stadium dan peralatan disewa dan peniaga peniaga kecil juga dapat nikmatnya. Sama juga semasa Tokti perform di Axiata Arena, penuh dan ramai yang dapat nikmatnya.
Di Korea Selatan, USA, Jepun, Indonesia, pun mereka jemput artis luar untuk datang, adakah ia bermaksud mereka tidak menghargai artis tempatan mereka? We must dare to think outside of the box.
Saya tidak mahu Malaysia untuk jadi 2nd, 3rd destination of choice. I want Malaysia to be NUMBER 1.
*Syed Saddiq*
Hasil kajian juga ada menunjukkan beberapa impak terhadap membuat konsert dengan memanggil artis luar negara yang dilihat mampu menjana peningkatan ekonomi. Walaubagaimanapun, diharapkan hasil dari negara sendiri wajib diketengahkan disebalik menarik hasil luar.