Connect with us

Oh! Media

Syarikat Telko Di Malaysia Mana Menjadi Pilihan Anda?

Umum

Syarikat Telko Di Malaysia Mana Menjadi Pilihan Anda?

ADVERTISEMENT

Dunia teknologi hari ni, boleh dikatakan setiap orang dah pakai smartphones. Kalau tak pakai smartphones pun, gerenti ada handphone yang walaupun tak canggih mana, tapi tetap mampu menzahirkan kegunaan asal sesebuah phone tu sendiri iaitu untuk call dan SMS. Tapi nak memastikan semua gajet canggih tu berfungsi, mahu atau tidak perlu menggunakan khidmat telko yang ada di Malaysia ni. Antara yang popular dan digemari ramai adalah seperti Maxis, Digi, Celcom, Umobile dan yang terbaru, Altel.

Dalam pelbagai pakej yang ditawarkan pihak telko setakat ini di Malaysia, mungkin ramai yang pening untuk memilih mana satu yang paling sesuai untuk kegunaan sendiri. Cara paling mudah untuk memilih adalah mengikut gaya hidup/lifestyle anda sendiri.

Jom kita bezakan antara pelan yang ditawarkan 3 telko gergasi di Malaysia.

DiGi SmartPlan

Maxis One Plan

Celcom First One Plan

Mungkin dengan melihat berapakan komitmen bulananan dan apa yang ditawarkan tiga pihak telko utama ni, anda dah dapat memilih mana yang paling murah dan menjimatkan. Jika anda tak mampunyai talian internet tetap di rumah, membeli pelan internet yang tinggi juga dengan data tambahan yang murah sangat sesuai. Begitu juga jika anda banyak menghabiskan masa di luar berbanding di rumah.

Kalau anda seorang yang menggunakan data di telefon untuk bermain Facebook dan WhatsApp, maka tak perlu laburkan duit untuk pelan internet yang tinggi. Lainlah jika anda seorang yang gemar memuat-turun apps seperti game dan sebagainya juga rajin menonton video di Youtube menggunakan telefon pintar, pelan internet dengan data yang banyak boleh dipertimbangkan.

Telko mana dan apakah pelan yang anda gunakan ketika ini? Dari ketiga-tiga pakej utama yang ditawarkan syarikat telko gergasi di Malaysia pada hari ini, apa pandangan korang? Adakah pelan tersebut bersesuaian dengan gaya hidup korang? Ialah ada telko yang pelan data murah tapi ada caj tersembunyi lain dan sebagainya. Jadi adakah korang berpuas hati? Adakah telko yang korang tengah gunakan sekarang ni dah cukup bagus dan memenuhi keperluan korang sebagai pengguna?

Kalau diberi peluang untuk wujudkan pakej sendiri mengikut citarasa, agaknya apa tawaran dan kelebihan yang korang nak? Berikan pandangan korang ya!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas