Connect with us

Oh! Media

Syarikat Besi Hadiahkan Ford & Volkswagen Kepada Pekerja

Trending

Syarikat Besi Hadiahkan Ford & Volkswagen Kepada Pekerja

Wah! Seronoknya Ohmedia bila dapat tahu satu syarikat ini menghadiahkan kereta kepada pekerja. Kejadian ini berlaku di Jiangxi, China apabila sebuah syarikat besi menjadikan sebagai satu sejarah yang epik dimana menghadiahkan 4,116 kenderaan jenis Ford dan Volkswagen kepada pekerjanya.

ADVERTISEMENT

Apa yang lebih menarik, syarikat Jiangxi West Daiju Iron & Steel Corporation menjadi tajuk utama berita kerana mereka telah berjaya mencapai sasaran jualan untuk lima tahun berturut-turut tau!? Oleh sebab itu, mereka memberi hadiah mewah itu secara berperingkat sempena minggu sambutan Hari Kebangsaan China.

Menurut laporan Portal Oddity Central, ia adalah sebagai tanda penghargaan ataupun terima kasih. Jadi, pihak pengurusan mahu memberikan hadiah kereta kepada setiap pekerja. Manakala laporan akhbar China Sohu pula mengatakan bahawa semua kenderaan itu dibeli dengan anggaran sebanyak 500 juta Yuan.

Selain itu, syarikat itu juga bersetuju untuk menanggung cukai kenderaan. lesen pendaftaran dan insurans selama lima tahun. Pada 1 Oktober yang lalu, ratusan kereta disusun di sebuah kawasan yang lapang bagi membolehkan pekerjanya meraikan detik manis dan bersejarah itu.

Syarikat Jiangxi West Daiju Iron & Steel Corporation mendapat reaksi positif daripada warganet selepas tular di media sosial di China dan ada juga yang beranggapan bahawa syarikat berkenaan mempunyai hubungan yang baik dengan pengeluar kereta bagi mendapatkan kenderaan itu pada harga jauh yang lebih murah.

OHMEDIA: BOS KORANG BAGI APA? 
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas