Connect with us

Oh! Media

Syarat Kelayakan & Cara Mohon i-Citra KWSP

Oh! Tidak

Syarat Kelayakan & Cara Mohon i-Citra KWSP

Prihatin dengan keadaan semasa rakyat Malaysia, kerajaan baru-baru ini mengumumkan program i-Citra yang membenarkan pengeluaran simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM5,000.

ADVERTISEMENT

Inisiatif ini diambil untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli-ahli yang terjejas akibat Fasa Satu Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Syarat kelayakan pemohon;

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap layak untuk membuat pengeluaran i-Citra. Ahli-ahli hendaklah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan dibuat.

Bagi ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen, mereka juga boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun mereka mungkin berdepan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Jumlah maksimum pengeluaran;

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, ahli layak untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000. Bayaran tetap berjumlah RM1,000 sebulan akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon selama lima bulan.

Namun, harus diingatkan, jumlah pengeluaran ini bergantung kepada baki simpanan ahli. Bayaran minimum adalah sebanyak RM50.

Pengeluaran i-Citra akan menggunakan simpanan akaun 2 terlebih dahulu. Jika tidak cukup, pengeluaran daripada akaun 1 akan dibuat. Baki sekurang-kurangnya RM100 hendaklah ditinggalkan di dalam akaun tersebut.

Simpanan minimum RM100 diperlukan dalam akaun 1 untuk mengekalkan status sebagai ahli KWSP. Hal ini untuk melayakkan ahli mendapat manfaat bantuan kematian & bantuan hilang upaya.

Cara memohon & tarikh pembayaran pertama;

Permohonan pengeluaran i-Citra boleh dibuat secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai, pembayaran pertama dijangka pada bulan Ogos 2021.

Semak jumlah simpanan secara atas talian;

Untuk mengetahui jumlah simpanan KWSP, ahli bolehlah melayari laman i-Akaun (Ahli) dengan memasukkan user ID dan kata laluan untuk mengakses.

Pendaftaran i-akaun hendaklah dibuat melalui kiosk KWSP, secara online dan juga melalui e-mel.

Selain itu, ahli juga boleh memuat turun aplikasi mudah i-Akaun di telefon pintar masing-masing. Dengan adanya aplikasi ini, anda boleh menyemak baki akaun dan status pengeluaran di mana-mana sahaja.

Anda juga boleh membuat semakan baki dengan mendapatkan penyata simpanan di Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, ahli boleh merujuk kepada laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my, Ask ELYA di laman web rasmi KWSP, media sosial rasmi KWSP atau hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Kredit: KWSP

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas