Connect with us

Oh! Media

Susah Nak Jaga Rambut Sebab Bertudung? Ini 5 Tips Untuk Korang!

Oh! Lifestyle

Susah Nak Jaga Rambut Sebab Bertudung? Ini 5 Tips Untuk Korang!

Setiap wanita mesti nak rambut dia yang sihat termasuklah wanita yang bertudung. Walaupun korang bertudung hampir seharian, tidak semestinya rambut korang perlu dibiarkan tanpa penjagaan rapi tau. Korang kena jaga rambut korang, kalau tak, nanti suami atau boyfriend korang lari tinggalkan korang sebab rambut busuk, banyak kelemumur dan kusut macam pontianak. Nak ke?

ADVERTISEMENT

Bila korang pakai tudung, tidak semestinya korang hanya perlu mengekalkan penjagaan luaran je iaitu tudung. Penjagaan yang rapi seharusnya bermula dari dalam tau iaitu rambut korang sendiri. Barulah bila pakai tudung, rambut tidak akan gugur, tak ada kelemumur, tak ada kutu dan sebagainya. Korang tidak akan rasa selesa bila pakai tudung seharian kalau rambut korang tidak berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Betul tak? So ini adalah beberapa tips yang admin nak share untuk korang jaga rambut korang sendiri. Tips ni mudah je dan boleh cuba dekat rumah korang je tau. Tak susah pun! Tu pun kalau korang nak ikut tips ni lah kalau taknak suami atau boyfriend korang tinggalkan korang.

1. Pilih shampoo yang sesuai

Untuk pemilihan shampoo, korang boleh gunakan shampoo jenis menthol kalau korang ada masalah kelemumur. Korang boleh gunakan shampoo sebanyak dua atau tiga hari sekali pun dah memandai. Jangan cuci setiap hari, nanti rambut korang kering sangat.

2. Guna conditioner selepas shampoo 

Conditioner juga korang kena pakai lepas shampoo rambut korang untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lembut. Korang jangan pakai sampai terkena kulit kepala sebab boleh menyebabkan rambut korang berminyak dan menyebabkan kelemumur. Okay, yang ni boleh digunakan setiap hari untuk melembutkan rambut korang.

3. Gunakan serum khas untuk rambut

Serum rambut juga perlu. Hanya sapukan pada bahagian rambut sahaja, kulit kepala tidak perlu. Ianya adalah bagi memberi vitamin untuk rambut korang tumbuh  dan nampak lebih sihat.

4. Tonic Rambut


Tonic rambut ini biasanya dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja. Ianya bagus digunakan kalau korang ada mempunyai masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. Fungsi tonic ini adalah untuk menguatkan akar rambut dan untuk tambah rambut yang baru. Boleh digunakan selepas mandi ketika rambut korang masih basah atau kering.

5. Boleh ke salon untuk buat treatment rambut

Kalau korang rajin, boleh juga korang cuba pergi ke salon untuk treatment scalp/hair. Disarankan untuk cari salon yang sesuai dan mengikut bajet korang lah, tak perlu mahal-mahal pun sampai RM800 sebab sama je semua treatment di mana-mana salon. Jangan buang duit banyak sangat okay! Treatment untuk scalp adalah bagi mengurangkan masalah kelemumur dan rambut gugur. Manakala treatment rambut pula adalah mengurangkan masalah rambut kering dan kusut.

Ini pula merupakan tips tambahan  untuk korang!

  • Jangan sesekali ikat rambut terlalu ketat
  • Jika korang memakai tudung, jangan ikat rambut ketika rambut korang masih basah
  • Sikat rambut sambil duduk ya untuk menyenangkan korang menyikat rambut
  • Sentiasa tukar anak tudung korang. 
  • Pakai tudung jenis fabrik yang ringan.
  • Elak pakai minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak rambut yang boleh menyebabkan rambut korang berbau dan berminyak.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas