Connect with us

Sungguh Kepam & Tak Berkualiti, Fasha Sandha Bengang Benda Tak Sama Seperti Digambarkan

Oh! Artis

Sungguh Kepam & Tak Berkualiti, Fasha Sandha Bengang Benda Tak Sama Seperti Digambarkan

Siapa yang tak marah bila barang yang dibeli secara online tidak seperti apa yang kita nampak di gambar. Semua orang yang selalu beli barang online mesti pernah rasa benda ni kan?

Terbaru, pelakon cantik wanita Fasha Sandha turut meluahkan rasa kecewanya bila barang yang dibeli secara online tak sama seperti apa yang diharapkan.

Realiti dan jangkaan, memandangkan dah masuk this trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantal ini. Hari ini baru terima maternity pillow yang dibeli mahal sungguh, sungguhlah kepam teruk, bad quality. Aduh! Tak baik tau aniaya orang kan? Tak apalah kita maafkan, walaupun kita baru lepas menangis kesedihan, dah la menunggu tiga minggu baru sampai. – Luas Fasha di instagramnya.

Ohmedia pernah juga kena benda macam ni disebabkan memang banyak peniaga dekat luar sana yang hanya fikirkan untung tanpa hiraukan kualiti barang yang dijual.



Jadi, kami nasihatkan korang bacalah dulu komen pembeli sah sebelum membuat sebarang pembelian. Sekiranya ada rasa was-was, carilah penjual yang lain. Barang mahal tak semestinya original. Betul tak? Apa pula pengalaman korang setakat ni berbelanja secara online.

+ Baca respon pembaca yang juga pernah terkena di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top