Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Murka & Mahu Pelaku Dapat Ditangkap Segera Serta Dihukum!

Umum

Sultan Selangor Murka & Mahu Pelaku Dapat Ditangkap Segera Serta Dihukum!

Hari ini hangat tentang isu vandalisme terhadap mural Hero negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12. Akibat dari itu, ia telah mengundang pelbagai reaksi termasuk dari Sultan Selangot, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang murka dan sangat dukacita apabila mendengar kejadian ini.

ADVERTISEMENT

Satu kenyataan telah dikeluarkan Istana Selangor selepas Sultan Sharafuddin bertitah contengan dengan kata-kata kesat sebagai perbuatan yang sangat biadap.

Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor. Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya. Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan. – Kata kenyataan terbabit.

Baginda turut berpandangan yang kejadian ini tidak mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

Ohmedia setuju dengan kenyataan dari Baginda ini kerana kita juga sudah berjaya melihat suspek di rakaman CCTV di mana ada 2 orang wanita yang cukup sifat keluar dari kereta dan terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan kejadian ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas