Connect with us

Oh! Media

Sultan Abdullah, Tunku Azizah & Anakanda Berkenan Lihat Sendiri Mural Gergasi Hasil Anak Terengganu.

Oh! Lifestyle

Sultan Abdullah, Tunku Azizah & Anakanda Berkenan Lihat Sendiri Mural Gergasi Hasil Anak Terengganu.

Masih ingat dengan kisah anak muda dari Terengganu yang membuat mural hero negara? Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berkunjung ke mural gergasi yang turut ada potret baginda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah ALam.

ADVERTISEMENT

Sultan Abdullah datang bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda mereka Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Afzan Aminan Hadizatullah dan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Kedatangan baginda sekeluarga ini ternyata menggembirakan tiga orang pelukis yang terlibat iaitu Muhammad Suhaimi Ali, Muhammad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli yang turut menyambut kedatangan baginda.

Ia juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka menyantuni ketiga-tiga pelukis itu dan menghargai usaha murni dan hasil titik peluh serta seni mereka yang mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial.

Dalam perjalanan yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tiga-tiga pelukis di atas cara mereka mengekspresikan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang sudah banyak berjasa kepada negara.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar usaha-usaha tiga pelukis itu menjadi contoh, sumber inspirasi dan tauladan kepada golongan belia negara untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan baik-baiknya. – Kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah hasrat dari baginda sendiri yang ingin melihat depan mata dan ia mencerminkan keprihatinan baginda terhadap golongan belia di negara.

Semoga lebih ramai anak muda yang menunjukkan contoh yang terbaik ini yang pastinya menyumbang kepada keamanan dan keharmonian negara.




Kredit: Istana Negara

+ Baca respon pembaca yang suka melihat apa yang dilakukan baginda di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas