Connect with us

Oh! Media

Sukan Elektronik Dilihat Semakin Berkembang di Malaysia

Umum

Sukan Elektronik Dilihat Semakin Berkembang di Malaysia

 

Sukan elektronik (e-sukan) merupakan salah satu industri besar dan semakin berkembang di Malaysia, fenomena ini dilihat semakin berkembang pada setiap Negeri di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan sarawak.

ADVERTISEMENT

Statistik menunjukkan jumlah pemain e-sukan di Malaysia semakin meningkat dan platform yang mereka gunakan adalah PC, telefon bimbit dan konsol.
Untuk pengetahuan korang, sebahagian besar komuniti gamers dalam industri e-sukan berusia dari 13 hingga 35 tahun, mungkin korang merupakan salah satu daripada mereka.


 Arena e-sukan semakin mendapat perhatian banyak pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan yang telah mengiktirafnya sebagai satu bentuk sukan kompetitif di peringkat global. Hadiah yang ditawarkan di kejohanan e-sukan juga agak lumayan.

Oleh yang demikian, kerajaan mahu masyarakat khasnya golongan belia dapat dipupuk dan diberi bimbingan untuk diketengahkan bakat mereka serta dapat bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas