Connect with us

Oh! Media

Suara Hilang Menyebabkan Penonton dan Juri Iringi Nyanyian Zamani

Umum

Suara Hilang Menyebabkan Penonton dan Juri Iringi Nyanyian Zamani

Kemunculan Zamani di konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelima tetap mendapat pujian dan dianggap berani daripada juri Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.

ADVERTISEMENT

Zamani yang dikehendaki memyanyikan lagu ‘ Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ itu terpaksa menghentikan nyanyiannya dan mengangkat tangan kepada penonton sebagai tanda maaf kerana masalah suara dan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Apa yang mengejutkan, juri tetap serta jemputan secara spontan terus membantu Zamani untuk menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

“Inilah masalah yang mungkin orang tak faham mengenai penghibur. Tapi awak sangat berani. Hari ini awak sudah membuktikan betapa lagendanya anda apabila awak tak perlu nyanyi tetapi peminat dan penonton yang tolong menyanyikan untuk awak,” katanya.

Juri Khatijah Ibrahim turut bersetuju dengan komen AC Mizal dan memberikan kata-kata semangat kepada Zamani.

“Ini harus diteruskan kerana apa yang awak buat, mana orang pergi, tak boleh menyanyi pun orang tetap suka. Jangan risau, we love you,” katanya.

Walaubagaimanapun, Datuk Ramli MS akui sukar untuk membuat keputusan dan akan berbincang dengan pihak AStro.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas