Connect with us

Oh! Media

Suami Diisytihar Muflis, Rumah Mewah RM2.1 Juta Umie Aida Dilelong Hari Ini?

Screen2bshot2b2015 01 102bat2b112052bpmpng

Umum

Suami Diisytihar Muflis, Rumah Mewah RM2.1 Juta Umie Aida Dilelong Hari Ini?

Berita ini sangat mengejutkan kami. Namun, seperti mana yang dilaporkan oleh portal berita The Rakyat Post dan Rotikaya, suami kepada aktres Umie Aida iaitu Khairuddin Abu Hassan telah diisytiharkan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu.

Khairuddin Abu Hassan yang juga merupakan Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga turut mengeluarkan arahan yang sama.

Oleh yang demikian, sebuah rumah mewah bernilai RM2.1juta milik Khairuddin yang terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong hari ini.

IKLAN

Khairuddin yang dihubungi pihak media, mengakui sedar tentang pengisytiharan muflis itu namun enggan mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan pihak peguam.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas