Connect with us

Oh! Media

Suami Enggan Ceraikan Nurul Izzah Kerana Masih Sayang

Bn6954674transformedjpg

Umum

Suami Enggan Ceraikan Nurul Izzah Kerana Masih Sayang

Suami kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya  kerana masih menyayangi dan mahu menyelamatkan rumahtangga mereka.

Raja Ahmad Shahril Iskandar memberitahu walaupun telah dinasihatkan oleh pihak mahkamah untuk melafazkan cerai namun dia tidak bersetuju.

“Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya
dan anak-anak,” katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu. 

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal
Januari.

IKLAN

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003
dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang
anak lelaki berusia empat tahun. Walaubagaimanapun Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya
hanya berkata: “Terima kasih kerana menghormati privasi saya”. – Bernama

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas