Connect with us

Oh! Media

Streamyx Akan Tingkatkan Kelajuan Di Kawasan Tanpa UniFi

Oh! Lifestyle

Streamyx Akan Tingkatkan Kelajuan Di Kawasan Tanpa UniFi

Ramai pengguna yang Streamyx tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan berikutan dengan harga yang terlalu mahal dan dilihat amat berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh UniFi.

ADVERTISEMENT

Kesan dari itu, Telekom Malaysia mengumumkan, kelajuan Streamyx bagi pelanggan di kawasan tanpa liputan UniFi akan dinaikkan dua kali ganda sehingga 8Mbps secara percuma menjelang suku pertama tahun depan.

Menurut Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu kenyataan hari ini, sekiranya terdapat liputan, pelanggan juga boleh memilih rumusan jalur lebar tanpa wayar 4G LTE.

“Kami juga ingin menjelaskan aktiviti penaiktarafan ini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang suku pertama 2019.

“Setakat ini, TM telah berjaya menaik taraf hampir 60 peratus daripada 340,000 pelanggan yang tinggal di kawasan liputan UniFi pada harga sama dengan pelan langganan sedia ada,” demikian menurut kenyataan itu.

Untuk pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan tanpa liputan UniFi, syarikat itu komited untuk terus melabur dalam teknologi yang bersesuaian bagi membawa sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan.

“Hampir 70 peratus pelanggan Streamyx yang boleh dinaik taraf yang tinggal di kawasan tanpa liputan UniFi, telah digandakan kepantasan Streamyx jika tiada halangan teknologi pada harga sama,” katanya.

Dalam pada itu, TM turut menyeru pelanggan Streamyx yang layak menerima naik taraf kepantasan agar mengemas kini butiran perhubungan iaitu nombor telefon dan alamat e-mel menerusi laman web UniFi atau aplikasi unifi care.

Sumber: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas