Connect with us

Oh! Media

Son & Alderweireld Hukum Pertahanan Arsenal

Oh! Lifestyle

Son & Alderweireld Hukum Pertahanan Arsenal

Saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi menyaksikan Tottenham Hotspurs melakukan “comeback” untuk menewaskan Arsenal 2-1. Beraksi di tempat sendiri pasti memberi kelebihan buat Spurs untuk mengutip 3 mata penuh serta menghidupkan peluang ke Europa League musim depan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan Arsenal menerusi rembatan padu Alexandre Lacazette dari luar kotak penalti pada minit ke-16. 2 minit kemudian giliran Spurs menyamakan kedudukan selepas Heung Min Son berjaya manfaatkan kesilapan yang dilakukan pertahanan Arsenal.


Pertahanan kiri Spurs, Davies hampir untuk menyumbat gol kedua tuan rumah namun rembatan jauh beliau terkena palang. Penyerang Gabon, Aubameyang memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun rembatan kaki kiri beliau terkena palang. Akhirnya Toby Alderweirld muncul wira Spurs selepas menjaringkankan gol kemenangan menerusi tandukan cantik pada minit ke-81. Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

OHMEDIA: ARSENAL PERLU BANGKIT DI BAKI SAINGAN LIGA UNTUK LAYAK KE UEFA EUROPA LEAGUE

+ Baca respon pembaca Son dan Alderweireld hukum pertahanan Arsenal di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas