Connect with us

Oh! Media

Ini Smartphones Pertama Di Dunia Dengan Airbag-Style Yang Menyelamatkan Phone Anda Jika Terjatuh

Branded

Ini Smartphones Pertama Di Dunia Dengan Airbag-Style Yang Menyelamatkan Phone Anda Jika Terjatuh

Apa smartphones yang korang pakai sekarang ni? Berani tak kalau sengaja jatuhkan? Kalau tak sengaja terjatuh pun dah nak menangis, takkanlah korang saja-saja nak jatuhkan pulak ye tak? Haha. Secanggih dan semahal mana pun telefon pintar yang kita pakai, kalau jatuh memang menangis lah.

Banyak pengeluar smartphones pada hari ini seakan-akan tidak peduli tentang soal ketahanan telefon pintar mereka tapi apa yang dilakukan Honor kepada Honor 7X ini sangat menakjubkan dan membuka mata banyak pengeluar phone lain. Kalau korang search kat Youtube, memang banyak video drop-test dapat kita lihat untuk Honor 7X ini. Masing-masing macam tak bersalah je sengaja jatuhkan phone mereka. Jangan hairan kerana apa yang dilakukan adalah satu demonstrasi yang tak patut korang tiru tapi setidaknya korang lega kerana tahu ada phone yang kalau jatuh pun tak ada apa-apa.

Apa yang menjadikan Honor 7X ni sangat kuat kerana rekaan dalamannya yang sangat unik dipanggil sebagai rekaan airbag-style yang terletak pada keempat-empat bucu telefon pintar ini.

Lebih 4,800 biji phones digunakan untuk mencapai tahap sehabat ini. Inovasi airbag yang ada pada Honor 7X bukanlah seperti di kereta yang boommm boleh keluar seperti belon (haha), tapi apa yang dimaksudkan mereka dengan airbag-style kerana rekaan dalaman yang mampu menyerap hentakan setiap kali jika phone anda terjatuh.


Woops! #Honor7X #HonorIsMine Honor Malaysia
Posted by SonaOne on Thursday, March 1, 2018


Kalau korang jenis clumsy macam SonaOne ni, Honor 7X ni memang untuk korang lah. Ohmedia sendiri kalau nak cari satu smartphones yang betul-betul tahan lasak, memang phone macam ni la yang kami akan cari sebab tak payah nak gunakan casing tebal-tebal tapi hati rasa lega sebab tahu yang phone kita memang tahan lasak kalau terjatuh.

Banyak lagi fungsi Honor 7X ni terutama kamera dual-lens terbina bersamanya yang patut korang tahu tapi itu akan Ohmedia kongsikan dalam artikel akan datang. Dengan fungsi ketahanan sebegini, ianya sekaligus membolehkan Honor 7X ini terkedepan berbanding para pesaingnya yang lain.

Honor 7X dijual secara rasmi pada harga RM1,099 dan korang boleh beli di VMALL. Tapi sekarang ni sebab Honor Official Store baru sahaja dibuka di Lazada, jadi korang boleh beli Honor 7X ni dengan potongan harga istimewa serendah RM899 sahaja di Lazada.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas