Connect with us

Oh! Media

SKMM Siasat Gambar Pakatan Harapan Beri Wang di PRK Cameron Highland

Oh! Negara

SKMM Siasat Gambar Pakatan Harapan Beri Wang di PRK Cameron Highland

Terbaru, telah tersebar gambar yang menunjukkan pemberian wang oleh Pakatan Harapan, PH dan berikutan dengan itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM akan menyiasat perkara itu.

ADVERTISEMENT

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, SKMM memerlukan masa antara lain untuk mengenal pasti pemilik akaun sosial media yang terlibat.

“Setakat sekarang ini, saya masih belum boleh berikan sebarang pengesahan berkenaan sebarang dakwaan dan tanggapan dibuat ramai pihak.

“Beri sedikit masa, kita tunggu sampai dapat maklumat tepat baru kita akan terangkan keadaan sebenar atau kita boleh sahkan itu tak berlaku atau ada pihak-pihak yang cuba ambil kesempatan,” katanya.

Gambar yang terebar itu, menunjukkan beberapa orang yang sedang memakai baju logo Pakatan Harapan dan seorang lagi individu wanita yang didakwa sedang mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang kini sedang dalam kempen bagi Pilihan Raya Kecil, PRK.

Eddin Syazlee yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan menegaskan bahawa, amalan pemberian wang kepada pengundi bertentangan dengan pegangan PH, menganggap ia satu perbuatan yang tidak gentleman dan bermaruah.

“Kita tahu kalau PH sebenarnya nak gunakan kelebihan, kita sudah boleh gunakan jentera-jentera kerajaan seperti dibuat rejim dahulu, tapi ini kita tak buat, apa lagi dalam perkara-perkara melibatkan duit,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas