Connect with us

Oh! Media

Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua? Siti Nurhaliza Jalani Rawatan IVF Selepas Aidilfitri

Umum

Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua? Siti Nurhaliza Jalani Rawatan IVF Selepas Aidilfitri

Siapa jer yang tak mengenali penyanyi terkenal nombor satu negara ni kan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sehingga kanak-kanak juga pasti mengenali beliau. Dikatakan Siti bakal menjalani sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei tak lama lagi. Wah mesti ramai peminat-peminat Siti tidak sabar mendengar perkhabaran berita gembira ni kan.

ADVERTISEMENT

Menurut Siti, pembedahan yang beliau jalani selepas AJL yang lepas, adalah pembedahan kecil sahaja sebagai persediaan untuk melakukan rawatan tersebut.

Saya dalam tempoh yang hampir pulih dah, pembedahan sebelum ini hanyalah pembedahan kecil sahaja. Doktor pun menasihati saya untuk bersenam dan menjalani rutin seperti biasa sebelum memulakan rawatan IVF. Insya-Allah jika tiada halangan saya akan memulakan rawatan itu selepas raya (Aidilfitri),” katanya kepada Gempak pada majlis pelancaran satu produk makanan tambahan di EQ Plaza, Kuala Lumpur, baru-baru ini
-katanya

Siti dikatakan bakal berehat panjang bagi mengikuti proses rawatan ini. Beliau juga turut meluahkan keinginan untuk memiliki cahaya mata lelaki pula. Hasil perkongsian hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa, pasangan ini telah dikurnaikan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini telah berusia 2 tahun. Siti juga pernah mengalami keguguran pada tahun 2015. Namun, berkat kesabaran dan usaha beliau, impian memiliki zuriat sudah termakbul.

OHMEDIA: OHMEDIA MENDOAKAN RAWATAN TERSEBUT BERJALAN LANCAR DAN BERJAYA!

Sumber: Astro Awani

+ Baca respon pembaca mengenai Siti Nurhaliza jalani pembedahan IVF di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas