Connect with us

Oh! Media

Sinetron Dikecam, Pilih Remaja 14 Tahun Berlakon Sebagai Isteri Lelaki Dewasa

Sinetron Dikecam

Oh! Tidak

Sinetron Dikecam, Pilih Remaja 14 Tahun Berlakon Sebagai Isteri Lelaki Dewasa

Sinetron merupakan singkatan daripada nama sinema elektronik yang merupakan istilah drama bersambung Indonesia yang disiarkan di Stesen Indonesia mahupun Malaysia. Ia juga menjadi kegilaan di Malaysia dan masyarakat sanggup menunggu sehingga beratus-ratus episod bagi mengetahui pengakhiran sesebuah sinetron itu.

Akan tetapi, baru-baru ini tular di media sosial apabila sinetron terbaru yang dikeluarkan di Indonesia mendapat kecaman hebat dari netizen oleh kerana telah mimilih remaja perempuan berusia 14 tahun untuk melakonkan watak isteri seorang lelaki dewasa dalam perkahwinan poligami.

Sinetron tersebut yang bertajuk Suara Hati Istri yang dilakonkan oleh Lea Ciarachel dan Panji Saputra itu memaparkan beberapa babak intim antara remaja perempuan itu bersama lelaki berusai 39 tahun itu seperti mencium perut gadis terbabit apabila mengetahui dia hamil.

IKLAN

Filem itu mendapat kritikan yang hangat daripada penonton selain turut mendakwa penerbit cuba untuk menormalisasikan perkahwinan kanak-kanak bersama orang dewasa yang diketahui salah dari segi undang-undang.

Screenshot 116 2
Tangkap layar daripada Instagram milik Jakarta Feminist meminta agar menghentikan normalisasi perkahwinan kanakkanak

Berhubung dengan kejadian itu, ia mendapat perhatian daripada Pertubuhan Jakarta Feminist menerusi laman Instagramnya dan menuntut untuk menghentikan normalisasi dan mengangkat perkahwinan kanak-kanak.

Hubungan seksual antara seorang dewasa dengan kanak-kanak adalah fidofilia.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Penyiaran Indonesia memaklumkan bahawa sinetron itu sudah diarahkan untuk mengantungkan tayangan sehingga pihak penerbit mengubah pelakon dan jalan ceritanya.

Kredit: Berita Harian, Jakarta Feminist

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas