Connect with us

Oh! Media

Simbol Yahudi Sebagai Hiasan Di Megamal Pacific, Penang

Ohmedia megamal pacific prai penang jpg

Umum

Simbol Yahudi Sebagai Hiasan Di Megamal Pacific, Penang

Di musim perayaan ini, rata-rata pasaraya di Malaysia mula untuk menghiasi ruang legar pasaraya mereka  dengan hiasan sempena sambutan Aidil Fitri buat semua yang beragama Islam di negara ini. Lain pula ceritanya di Megamal Pacific, Perai Penang apabila kami menerima kiriman gambar dari pengunjung yang mengatakan mereka terkejut dengan tindakan pasaraya itu meletakkan simbol Yahudi di dalam hiasan Aidil Fitri pasaraya mereka.

Simbol yang sebenarnya dikenali oleh Star of David ini amat popular dengan komuniti zionis hingga ianya disemadikan di bendera Israel sehingga hari ini. Sejak kurin ke-17 lagi, ianya digunakan dengan panggilan “Shield of David” yang juga digunapakai dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel.

IKLAN

Mungkin pihak pasaraya ini mempunyai penjelasan sendiri mengapa hiasan tersebut digunakan yang mana sepatutnya memahami ianya adalah berkenaan Aidil Fitri dan simbol tersebut amat sensitif untuk rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

Ada kemungkinan juga mereka tersilap kerana menyangkakan ianya simbol bintang (Rub el Hizb) yang biasa digunakan dalam senibina Islam.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas