Connect with us

Oh! Media

Sifatkan Anak Sebagai Mati Katak, Ibu Sandra Terkilan Dengan Komen Pengguna Laman Sosial

Oh! Artis

Sifatkan Anak Sebagai Mati Katak, Ibu Sandra Terkilan Dengan Komen Pengguna Laman Sosial

Semalam kita dikhabarkan berita sedih dengan pemergian peserta program Big Stage 2020, Allahyarham Sandra Dianne selepas dia terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah (ELITE) berhampiran dengan Subang Jaya pada hari Sabtu lalu.

Baru-baru ini, terdapat satu komen daripada pengguna laman sosial yang agak melampau sehingga membuatkan ibu kepada arwah Sandra iaitu Nur Syakinah Abdullah rasa terkilan apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak. Sebenarnya tidak patut memberi komen sebegitu kerana seluruh keluarganya masih lagi dalam keadaan sedang berkabung.

Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu. Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.

Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda. Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai. InsyaAllah.

Tak baik tau bila korang komen macam tu! Tolong hormati keluarganya yang masih bersedih atas kehilangan Sandra. Kita doa yang baik-baik ya gais. Apapun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Sandra Dianne. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

OHMEDIA: KOMEN YANG BAIK-BAIK!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top