Connect with us

Oh! Media

Siapakah Sebenarnya Pemilik Suara “Siri” Dalam Produk Apple

Umum

Siapakah Sebenarnya Pemilik Suara “Siri” Dalam Produk Apple

ADVERTISEMENT

Bermula dengan iPhone 4S, Apple melancarkan teknologi Siri dalam setiap perantinya. Mesti korang pernah bercakap dengan Siri kan?

Selepas dua tahun kewujudan Siri dalam kehidupan pengguna produk Apple, akhirnya Apple mendedahkan siapa sebenarnya pemilik suara Siri.

Suara asal Siri adalah sebenarnya milik seorang suara latar yang bernama Susan Bennett.

Susan Bennett merupakan seorang penyanyi, suara latar yang bekerja di kawasan Atlanta. Muzik menjadi sebahagian besar dalam hidupnya.

Selepas suaranya dilancarkan dalam Siri pada tahun 2013, hidupnya seolah-olah selebriti. Sejak itu dia menerima banyak tawaran pekerjaan. Malah lebih dari 400 jemputan temuduga diterimanya.

“Pertama kali saya mendengar suara saya sebagai Siri adalah apabila kawan saya menghubungi saya melalui email dan berkata “bukankah ini kamu?” dan apabila saya memasuki laman web Apple untuk mendengar suara saya hanya menyedari bahawa ia adalah saya” – Susan Bennett.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas