Connect with us

Oh! Media

Kenali Siapa Tengku Dato’ Sri Zafrul Menteri Kewangan Malaysia? Umum Letak Jawatan Serta Merta?!

ohmedia2bkenali2bmenteri2bkewangan2bbaharu2btengku2bzafrulpng

Oh! Negara

Kenali Siapa Tengku Dato’ Sri Zafrul Menteri Kewangan Malaysia? Umum Letak Jawatan Serta Merta?!

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri baharu yang secara keseluruhan dilihat memberi kenyakinan kepada rakyat untuk diberi tanggungjawab untuk mentadbir negara.

Memang banyak kejutan yang kita dapat lihat dan apa yang menarik perhatian ramai adalah pelantikan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang diberi kepercayaan untuk mentadbir Kementerian Kewangan.




Untuk pengetahuan korang, Tengku Zafrul merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad dan beliau mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam sektor kewangan.

IKLAN

Kelulusan

Merupakan lepasan University of Bristol, United Kingdom dengan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dan turut memiliki Sarjana Seni (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom.

Jawatan

Telah berkhidmat di Maybank Investment Bank Berhad dan Mayabank Kim Eng Holdings sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pernah memegang jawatan kanan di Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings Berhad dan Avenue Securities.

Pencapaian

Menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (2010).
Menerima Darjah Dato Paduka Negeri Sembilan (2014).
Menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (2015).
Menerima Daro Paduka Mahkota Selangor (2016).

Tengku Zafrul turut sempat merakamkan ucapan terima kasih atas penghargaan dan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Dengan rasa rendah diri saya menerima tanggungjawab yang peri penting di masa kedudukan ekonomi yang amat mencabar ini. Saya bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk negara dan saya yakin kerjasama antara pemegang taruh yang berkaitan akan menghasilkan kejayaan yang kita idamkan bersama. – Katanya.

Sejurus dengan pelantikan ini juga, Tengku Zafrul telah menumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB berkuat kuasa serta merta.

+ Baca respon pembaca yang ingin kenali Menteri Kewangan baharu di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas