Connect with us

Oh! Media

Siapa Pengganti Dr Maszlee?

Oh! Negara

Siapa Pengganti Dr Maszlee?

Ohmedia ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Saifuddin Abdullah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon-calon yang layak menggantikan tempat Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan yang baru. Selepas Pakatan Harapan diumumkan memenangi pilihanraya umum yang ke-14, Dr Mahathir pernah menawarkan dirinya untuk mengambil alih porfolio pendidikan. Persoalannya, perdana menteri tidak dibenarkan memegang portfolio lain semasa menjalankan tugas disebabkan ianya bercanggah dengan manifesto PH.

ADVERTISEMENT

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sekiranya prinsip PH itu diubah kemungkinan besar Tun Dr Mahathir adalah calon yang sesuai menggantikan tempat Dr Maszlee.

“Saya beranggapan Dr Mahathir calon sesuai, tetapi perlu dilihat adakah mereka masih memegang prinsip PH yang perdana menteri tidak boleh memegang jawatan lain,”-katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapha pernah menjadi menteri pendidikan semasa pemerintahan dulu. Mereka adalah calon yang sesuai bagi menggantikan tempat Dr Maszlee. Malah tidak mustahil juga Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah antara calon yang baru kerana pernah memegang portfolio jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Portfolio Menteri Pendidikan adalah struktur yang besar dalam kabinet sesebuah kerajaan untuk mentadbir sesebuah negara. Agak susah sebenarnya untuk meramalkan siapakah calon yang bakal mengganti posisi Dr Maszlee kerana ianya melibatkan percaturan politik. Ohmedia juga difahamkan akan adanya satu rombakkan Kabinet besar-besaran yang akan berlaku tidak lama lagi kerana ini aadalah perjalanan politik PH yang dinantikan rakyat. Semoga calon yang bakal naik ini dapat memberikan impak yang berkualiti untuk negara.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas