Connect with us

Oh! Media

Shuib Sedang Fikir Gelaran Datuk

E473ab3b 8957 4043 a27d 073dbee7a729jpeg

Oh! Artis

Shuib Sedang Fikir Gelaran Datuk

Pelawak popular, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dari kumpulan Sepahtu mengakui baru-baru ini dia ada menerima tawaran kurniaan untuk membawa gelaran Datuk dari sebuah negeri.

Walaubagaimanapun, dia masih belum membuat keputusan dan sedang mempertimbangkannya. Dia juga sudah mendapatkan nasihat pihak pengurusan dan orang-orang terdekat.

Saya hanya perlu cakap ya, saya bakal dapat Datuk. Memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang perkara ini. Namun, saya masih belum buat keputusan dan sedang fikir-fikir lagi. Saya sudah mendapatkan nasihat pihak pengurusan dan orang-orang terdekat.

IKLAN

Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan aktiviti seni lain. Saya sendiri tidak pasti wajar atau tidak saya menerima tawaran itu walaupun mereka memaklumkan saya menepati segala kriteria.

Kalau pandang dari aspek perniagaan, saya rasa perlu mempertimbangkannya kerana saya perlu gelaran ini. Lagipun sejak kebelakangan ini saya kerap menghadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan berpangkat Datuk Seri dan Datuk hingga kadang-kadang saya rasa janggal. Mungkin jika ada gelaran itu, saya rasa lain sedikit ketika berurusan dengan mereka. Apapun saya masih perlu melihat tawaran ini dari pelbagai aspek dan tidak boleh terburu-buru.

Bukan senang nak dapat gelaran Datuk. Hanya orang terpilih je dapat tau. Apapun, Ohmedia doakan agar Shuib dipermudahkan segala urusan dan terus maju jaya dalam bidang perniagaan dan seni.

OHMEDIA: KAN BEST KALAU OHMEDIA PUN DAPAT GELARAN DATUK. HEHE.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas