Connect with us

Seorang Lelaki ‘Terbeli’ 28 Buah Tesla Sekaligus Guna Duit Insentif!

Oh! Tidak

Seorang Lelaki ‘Terbeli’ 28 Buah Tesla Sekaligus Guna Duit Insentif!

Tesla adalah salah sebuah syarikat yang menjual kereta elektrik yang cukup terkenal. Namun akibat kesilapan teknikal yang berlaku menyebabkan seorang lelaki secara tidak sengaja “terbeli” 28 kereta Tesla. Dengan itu, lelaki berkenaan terpaksa membayar 28 kereta berkenaan dengan nilai 1,404,000 euro, atau lebih kurang sekitar RM6.78 juta. Bagaimanapun kisah ini berlaku pada 17 Jun lalu yang dikongsi anak lelaki terbabit disuatu forum.

Menurut info, ketika tempahan dibuat, lelaki berkenaan telah membayar duit pendahuluan berjumlah 2,800 euro, sekitar RM13,512. Lelaki berkenaan dikatakan mahi membeli kereta berkenaan setelah kerajaan Jerman mengumumkan insentif tunai kepada rakyatnya yang mahu membeli kereta. Kemudiannya kerajaan Jerman bertindak menggandakan jumlah insentif ketika pandemik melanda. Lelaki berkenaan kemudian mengambil keputusan untuk membeli Tesla Model 3 kerana mampu milik dilaman web namun berlaku kesilapan teknikal menyebabkan tempahannya diluluskan sebanyak 28 kali

Sumber gambar dari Gulf News

Namun syarikat berkenaan tidak mempunyai polisi untuk tidak memulangkan semula duit pendahuluan untuk setiap tempahan yang dilakukan meskipun dibatalkan. Tapi dalam kes ini, syarikat berkenaan telah memulangkan semula duit pendahuluan berjumlah 2,700 euro atau RM13,000, atau 100 euro lebih kurang RM482 bagi setip unit Tesla. Untuk info korang, sebuah unit Tesloa Model 3 berharga AS$35,000 atau kira-kira RM149,000.

OHMEDIA: PISHANGLAH KENA KENA BAYAR 28 BUAH TESLA SEKALIGUS. BELIPUN GUNA DUIT INSENTIF JE, KAH!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca seorang lelaki terbeli 28 buah Tesla sekaligus di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top