Connect with us

Oh! Media

Senarai Barang Dalam Rumah Yang Kita Tidak Tahu Ada Tempoh Hayatnya

Oh! Lifestyle

Senarai Barang Dalam Rumah Yang Kita Tidak Tahu Ada Tempoh Hayatnya

ADVERTISEMENT

Sedar tak ada barang di dalam rumah kita yang tidak ditulis tarikh luput tetapi perlu ditukar apabila tiba masanya. Antaranya adalah:

1. Bantal

Luput Antara 2-3 Tahun. Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar


Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus atau.kulat. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak. Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

3. Span Mandi


Luput dalam masa 2 minggu sahaja. Apabila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala


Luput Antara 1-3 Tahun. Walaupun dibasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya.

5. Berus Gigi


Luput dalam masa 3 bulan sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan? Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang baru. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kembang dan kerinting.

6. Sikat Rambut


Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

7. Minyak Wangi


Luput Antara 3-4 Tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

8. Puting Bayi


Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja. Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

9. Kerusi Kereta Bayi


Luput antara 6-10 tahun. Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

10. Penyembur Pembasmi Kuman


Luput dalam masa 3 bulan. Selepas 3 bulan, bahan ini sudah hilang fungsinya.

11. Penyembur Anti Nyamuk




Bertahan hanya 2 tahun. Selepas 2 tahun, nyamuk menyanyi riang kerana bahan ini sudah tiada fungsinya.

12. Pemadam kebakaran

Luput dalam masa 15 Bulan. Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

13. Penyambung Elektrik


Luput antara 1-2 Tahun

14. Power Soket


Luput dalam masa 4-5 Tahun. Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

+WorldOfBuzz

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas