Connect with us

Oh! Media

Ini Pandangan Oh! Media Selepas Seminggu Menggunakan GoPro Hero 5 Black

Umum

Ini Pandangan Oh! Media Selepas Seminggu Menggunakan GoPro Hero 5 Black

Setelah lebih seminggu bersama GoPro Hero 5 Black, ini pandangan kami. Hero 5 akan melibatkan banyak pelaburan baru untuk aksesori memandangkan banyak yang kita guna selama ni di Hero 4 atau GoPro versi sebelumnya tak lagi boleh digunakan bersama Hero 5.

GoPro Hero 5 Black tampil dengan lebih banyak features baru. Antara yang paling popular adalah ianya kini kalis air tanpa memerlukan sebarang casing dan mempunyai fungsi kawalan suara. Contohnya sebut sahaja “GoPro change mode” dan GoPro akan bertukar mode dari video kepada gambar dan sebagainya. Tapi sejauh manakah features sebegini memberi kesan kepada penggunaan anda? Adakah pelaburan lebih kurang RM1,850 ini berbaloi?

ADVERTISEMENT

Kami ada 3-axis Gimbal Stabilizer so yang tu memang gerenti tak boleh pakai dah dengan Hero 5. Segala jenis casing sebelum ni pun tak boleh nak pakai juga. Memang dia kalis air semua tapi kalau jatuh atau kena batu ke, terus buruk rupanya. Kalau ada casing boleh tukar casing aje. Skrin info bahagian depan memang senang calar. Tapi since ini memang action camera, so takde hal lah bagi kami.

Paling terasa bila bateri GoPro selama ni dah berubah design kat Hero 5 ni untuk dapat 50% lebih ketahanan. Ini bermakna semua bateri termasuk charging dock tak lagi boleh digunapakai. Benda tu semua bukan murah tau even bateri dia je pun dah beratus. Kami sendiri ada 4 bateri spare untuk GoPro so tak boleh nak pakai dengan Hero 5. Nasib Hero 4 pun masih digunakan sampai hari ni.

Charging port GoPro Hero 5 pula adalah USB Type-C which is bagus sebab tahun depan boleh kata semua phone akan pakai Type-C ni dan kalau kita tengok balik, port mini USB pada GoPro terdahulu sangat menyusahkan sebab tak sama dengan phones. Nak kena bawa cable berasingan pulak.


Kalau korang tanya berbaloi ke upgrade dari Hero 4 ke Hero 5? Terus terang memang tak terasa sangat perbezaan dia melainkan korang tahu korang perlu untuk upgrade atas alasan tertentu. Hero 4 Silver pun dah cukup awesome. So siapa dah ada Hero 4 Silver, tak payah upgrade dulu pun takpe. Kalau Hero 4 Black memang power tapi kot nak ada touch screen boleh la upgrade ke Hero 5 Black.

Tapi kalau ini adalah GoPro pertama anda, tanpa perlu fikir panjang GoPro Hero 5 adalah pilihan yang paling tepat memandangkan ini adalah permulaan yang paling baik untuk anda bermula mengenali GoPro dan ekosistem mereka pada masa akan datang.

Lagi rakaman video dari GoPro Hero 5 petang tadi membawa ke malam. Kali ni pasang GoPro dekat tank dan bukan di helmet macam biasa. So boleh tengok tahap stabiliti video dan juga kualiti rakaman pada waktu hampir senja dan juga pada waktu malam. Still FullHD dan bukan pada keupayaan penuh Hero 5 Black iaitu 4K 30fps. By the way memang pishang la tiap hari sebab KL ni hari-hari pun jem. Kalau dulu Sabtu Ahad jalan lengang tapi sekarang sama je macam biasa. Tiap hari kenderaan bertambah tapi yang rosak tak banyak. Jalan pun dah habis dibesarkan. Apalah rupa jalanraya KL ni lagi 5 tahun? Jadi macam Jakarta ke agaknya? Hurmm. Untuk yang duduk luar KL atau kawasan tak jem, korang patut bersyukur sebab masa dalam hidup korang tak membazir semata-mata dekat atas jalan setiap hari. Siapa yang bekerja di KL, itulah hakikat kehidupan mereka. Dari muda ke tua banyak habis masa dalam jem je la. Haha. Pakai motor pun kadang-kadang sangkut juga dalam jem. Dah tu risiko bukan main besar lagi sebab ramai jembalang pakai lesen terbang kot ikut suka hati depa bawa kereta. Orang yang bawa motor dan kereta, mereka tentunya akan memahami keadaan dan keselamatan pengguna jalanraya yang naik motor. Masalah dia SEGELINTIR orang yang tak pernah bawa motor ni dia apa peduli nasib pengguna motisikal lain. Huh. #OhmediaRempit #OhmediaSugomi #OhmediaGoPro #GoProHero5Black

A video posted by Oh! Media Network 🔥 (@ohmedia) on


Tapi pelaburan untuk aksesori, bateri dan lain-lain untuk Hero 5 hari ni akan jadi berbaloi juga sebab gerenti boleh diguna pakai untuk siri GoPro yang akan datang. So pelaburan jangkamasa panjang dan boleh kata pelaburan semula untuk ekosistem GoPro bagi atleast 8 ke 10 tahun akan datang.

Post asal di Instagram @ohmedia.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas