Oh! Lifestyle
Selepas Ini Anda Boleh Terbang Dari Sabah Ke Melaka

Hubungan baik antara Melaka dan Sabah akan diperkukuhkan lagi menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Melaka (LTAM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, keputusan berkaitan perkara itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat sebaik selesai proses perbincangan bersama pihak Malaysia Airport Holdings Berhad selain kerjasama Kementerian Pengangkutan.
Selain itu, beliau berkata antara perkara lain yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah kerjasama antara Yayasan Sabah dan Yayasan Melaka di Tawau dalam bidang perladangan.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM