Connect with us

Oh! Media

Selepas 7 Hari Mencintaiku 2, Platform iQIYI Pilih Pengantin Satu Malam Untuk Tayangan Eksklusif & PERCUMA

Branded

Selepas 7 Hari Mencintaiku 2, Platform iQIYI Pilih Pengantin Satu Malam Untuk Tayangan Eksklusif & PERCUMA

Baru-baru ini kami ada share tentang drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah ditayangkan secara eksklusif di iQIYI sebuah platform streaming gergasi dari China. Mengikut jejak langkah drama itu, Pengantin Satu Malam pula antara drama yang dipilih untuk ditayangkan di platform yang sama. Wah! Menarik betul. 

Pengantin Satu Malam, Bukan Sekadar Fantasi

Untuk pengetahuan korang, drama Pengantin Satu Malam ni merupakan adaptasi daripada novel karya Sophilea kemudian telah diterjemahkan menjadi sebuah drama bersiri oleh pengarah Eoon Suhaini. 
Pengantin Satu Malam menampilkan barisan pelakon seperti Fizo Omar, Nazim Othman, Amelia Henderson serta Afifah Nasir yang pastinya akan meninggalkan kesan kepada penonton.
Drama ini berkisarkan seorang gadis bernama Zulaikha yang dilakonkan oleh Amelia Henderson yang mula diuji dengan kesihatan ibunya yang sangat membimbangkan. Majikan Zulaikha, Zahred yang dilakon oleh Nazim Othman turut bersimpati dan ingin membantunya. Namun Zahred mempunyai niat yang salah apabila dia hanya akan membantu Zulaikha sekiranya Zulaikha bersetuju menjadi isterinya untuk satu malam.
Ha! Korang rasa bagaimanakah kesudahan cerita Zulaikha? Korang perlu tunggu sehingga ianya disiarkan. Kalau terlepas nak tonton di televisyen macam mana?

Tonton Secara EKSKLUSIF & PERCUMA di iQ.com atau iQIYI App

Kini korang boleh tonton drama Pengantin Satu Malam serta drama 7 Hari Mencintaiku 2 di aplikasi iQIYI ataupun di website diorang di www.iQ.com. Drama Pengantin Satu Malam dimuatnaik di iQIYI sejurus ianya ditayangkan di televisyen. Paling best, korang boleh tonton drama ni secara PERCUMA tau!
Korang dah tonton semua episod 7 Hari Mencintaiku 2? Kalau belum, apa kata korang mulakan dengan marathon drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama yang turut dimuatnaik dekat iQIYI. Bukan drama tu je, korang juga boleh tonton episod penuh Kampung People, Leftenan Zana, juga drama Setelahku Dimiliki tau.

iQIYI Platform Hiburan Terbaru dan Terbaik Untuk Semua

Untuk pengetahuan korang, iQIYI merupakan satu platform video online streaming gergasi dari China yang menyajikan pelbagai genre drama dan filem yang dihasilkan oleh produksi-produksi sekitar Asia. So, banyak drama yang korang boleh tengok antaranya K-Drama, C-Drama terbaru drama dari Malaysia gais. 
Muat turun aplikasi iQIYI sekarang di Google play store, Apps Store atau Huawei App Gallery. Ianya PERCUMA gais, korang juga boleh jadi VIP dengan subscribe pelan secara bulanan yang membolehkan korang tengok lagi banyak drama dan filem terpilih. 
Untuk keterangan lebih lanjut korang boleh check dekat website iQIYI di www.iQ.com. 

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas