Umum
Selain “Fantastic Four”, Kevin Umum Barisan Pelakon “The Eternals” Yang Akan Dikeluarkan Tahun Depan!

1. Richard Madden sebagai Ikaris

2. Salma Hayek sebagai Ajax

3. Angelina Jolie sebagai Thena

Dilahirkan di Olympia dan beliau merupakan anak perempuan kepada Zuras( tidak silap, Zeus). Dalam komik, dia memiliki hubungan cinta secara rahsia dengan musuh Eternals bernama Kro. Thena juga bisa terbang, memiliki kekuatan yang sangat kuat, dan kelajuan yang tinggi.
4. Don Lee (aka Dong-seok Ma) sebagai Gilgamesh

Gilgamesh adalah Eternal yang di asingkan dari golongan Zura kerana selalu kerap membunag masa bersama manusia. Akibat dari itu, dia turut dikenali dengan beberapa panggilan seperti Hercules dan Beowulf. Dia kemudian bergabung dengan Avengers.
5. Lauren Ridloff sebagai Makkari

Makkari digambarkan sebagai seorang yang tidak sabar. Beliau memakai sut merah dengan sebuah topeng. Didalam komik, beliau dikenali sebagai Mercury.
6. Kumail Nanjiani sebagai Kingo

Kingo adalah seorang penguna pedang paling mahir. Dia menghabiskan masa dengan Samurai yang kemudiannya menukar beliau sebagai bintang aksi Jepun yang terkenal.
7. Lia McHugh sebagai Sprite

Sprite adalah seorang budak lelaki yang mempunyai kemampuan untuk mengubah penampilan. Beliau tidak akan kelihatan tua meskipun sudah berumur. Kerana itu, Eternal yang kelihatan muda suka bermain helah, selalunya dengan perbelanjaannya sendiri.
8. Brian Tyree Henry sebagai Phastos

Beliau mempunyai kuasa yang sama dengan yang lain. Beliau cepat, kuat, dan boleh terbang. Phastos juga seorang jurutera dan pencipta dan pembuat pedang Kingo.
Sumber: Insider
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
