Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kacak Selalu Disangka Sudah Berpunya, Tapi Kenyataannya Masih Single & Sering Dikecewakan?

Oh! Lifestyle

Lelaki Kacak Selalu Disangka Sudah Berpunya, Tapi Kenyataannya Masih Single & Sering Dikecewakan?

Ohmedia bila baca sebab-sebab mengapa lelaki kacak ini selalunya masih single, Ohmedia terbayang pula staf kami dekat pejabat tu ha. Rasanya kawan-kawan korang atau korang sendiri yang kacak tu, mesti ada alami perkara macam ni.

ADVERTISEMENT

Memang betul yang lelaki kacak ini selalu dianggap playboy dan suka mempermainkan perasaan wanita. Tetapi korang tak tahu yang realiti sebenar seorang yang kacak ini amat sukar mencari pasangan dan selalunya akan lambat kahwin berbanding kawan-kawan yang mempunyai rupa paras yang biasa.

1. Lelaki kacak sukar didekati?

Sebenarnya wanita diluar sana selalu berfikiran yang lelaki kacak ini susah untuk didekati dan menjangkakan yang mereka pasti tidak akan mampu menarik perhatian lelaki kacak. Ini kerana wanita berfikir yang lelaki kacak ini sudah mempunyai ramai peminat dan sudah berpunya, Kesudahannya, lelaki kacak ini single sampai ke tua,haha.

2. Lelaki kacak jual mahal sangat? Seriuslah?

Terlalu memilih dan juga mempunyai ego yang tinggi membuatkan mereka terlalu mengikut perasaan sehingga takut untuk membuat keputusan untuk menerima wanita yang mana. Akhirnya mereka akan membuat keputusan untuk menunggu sahaja sehingga ada seorang wanita terbaik mendekati dirinya.

3. Ingatkan wanita jer, lelaki kacak pun maintenance tinggi ok!

Haa, yang ini Ohmedia setuju sebab untuk menjadi seorang lelaki yang kacak juga perlu menjaga penampilan dan ini semua menggunakan kos yang tinggi. Dari hujung rambut, membawa ke wajah sampailah ke hujung kaki perlu dijaga. Itu tak termasuk dengan kos pembelian minyak wangi, jam tangan, baju yang mengikut trend juga perlu dijaga.

4. Dah kacak pun tetap dikecewakan.

Untuk ini Ohmedia tak tahu nak kata apa. Wanita di luar sana nak apa sebenarnya? Bila dah dapat lelaki kacak sebagai pasangan, jagalah baik-baik. Tapi mungkin kerana wanita memikirkan yang lelaki kacak tidak akan setia membuatkan mereka tidak serius dalam hubungan. Disebabkan itu, akhirnya lelaki kacak memilih untuk single keran serik bercinta.

Jadi, mungkin itu sahajalah sebab mengapa lelaki kacak selalu single. Mungkin korang yang kacak diluar sana ada sebab lain untuk dikongsikan boleh nyatakan di ruangan komen di bawah ya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas