Connect with us

“Saya Tolak Mercedez Benz, Saya Pilih Proton” – Syed Saddiq

Oh! Politik

“Saya Tolak Mercedez Benz, Saya Pilih Proton” – Syed Saddiq

Isu pemilihan kereta untuk kegunaan rasmi menteri dan juga timbalan menteri menjadi perbualan hangat baru- baru ini. Jika pemimpin-pemimpin bahkan rakyat sendiri sibuk untuk memilih jenama kereta terkemuka luar negara, berbeza pulak dengan sikap Menteri Belia dan Sukan kita ini iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi laman sosialnya di Twitter, beliau mengatakan bahawa kereta pilihanya adalah kereta berjenama Proton untuk kegunaan rasmi kerajaan. Bahkan beliau menolak jenama- jenama terkemuka seperti Mercedez Benz dan Toyota Velfire.


Kenyataan yang ditulis oleh Syed Saddiq itu merujuk kepada laporan daripada Malaysiakini mengenai pembelian kereta Mercedez Benz oleh Menteri Kelantan bagi kegunaan rasmi kerajaan itu.

Sebelum ini, ada desas desus mengatakan kereta Toyota Velfire telah disyorkan sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Namun persoalan itu telah terjawab apabila Kabinet memutuskan bahawa kereta berjenama Proton akan dijadikan kegunaan rasmi kerajaan.

Pendapat Ohmedia pula, tak kesahlah pakai kereta jenama apa sekalipun asalkan kereta itu boleh bergerak dan selamat. Betul tak? Jangan pakai kereta sorong sudah lah! Hehehe.

Sumber: Suara Merdeka

+Baca respon pembaca Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top