Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Akan Pegang Jawatan Melebihi Tiga Tahun,” – Mahathir

saya2bbencvi2balifff2baziz 2b252892529png

Oh! Negara

“Saya Tidak Akan Pegang Jawatan Melebihi Tiga Tahun,” – Mahathir

Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun.
Menurut stesen berita CNBC, perdana menteri berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.
Ketika ditanya pembaca berita CNBC Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia “menyelesaikan masalah (hutang) ini” sungguhpun selepas beliau berundur.
“Saya akan menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak mahu terus memegang jawatan ini,” kata perdana menteri.
“Bagi saya, saya sudah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menggantikan saya,” kata Dr Mahathir.
Sumber : Bernama

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


IKLAN

Youtube Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas