Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Akan Balik Ke Malaysia” – Arwah Mohammad Fadhlan

Umum

“Saya Tidak Akan Balik Ke Malaysia” – Arwah Mohammad Fadhlan

Satu persatu rakyat Malaysia yang berjuang di bumi Syria gugur. Terbaru, Allahyarham Mohammad Fahdlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

Arwah yang masih bujang berusia 21 tahun ini merupakan salah seorang daripada sebahagian rakyat Malaysia yang berada di Syria bagi menyertai perjuangan Ajnad As Syam untuk memerangi tentara Bashar Al-Assad yang berpusat di Kafr Zayta, Hamah.

Mohammad Fadhlan dilaporkan meninggal dunia kelmarin setelah kumpulan yang dianggotainya, Adnad As Syam telah diserang hendap.

Sebelum terkorban, Arwah pernah menyatakan bahawa dia tidak akan lagi balik ke Malaysia dan mahu berjihad ke jalan Allah di bumi Syria. Malah arwah pernah ditemubual secara eksklusif melalui laman Facebook kira-kira sebulan lalu berkongsi keinginannya untuk sampai ke Syria.

“Niat untuk berjihad sudah lama ada, cuma tidak tahu caranya. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi saya peluang mendalami agama sebelum berangkat ke Syria. Semuanya ada hikmah,” katanya.

“Apabila saya dimaklumkan, rakan saya Mohd Lotfi berada di Syria, saya menghubungi dia melalui Facebook. Dia maklumkan apa yang perlu untuk saya buat persediaan ke sana, selain pesan, jangan tinggalkan solat sunat hajat, agar diberikan hidayah,” katanya.

Tambah Mohammad Fadhlan, bukan mudah untuk dirinya berhijrah ke luar negara, kerana berdepan pelbagai kesukaran.

“Kesukaran tu ada, sebab saya perlu sediakan belanja perjalanan, bukan sedikit jumlahnya.

“Alhamdulillah, bila kita niat nak buat benda elok, Insya-ALLAH, akan mendapat pertolongan.

“Berbekalkan belanja tu, saya beli tiket dan uruskan semuanya, susah juga sebab maklumlah selama ini tinggal di kampung sahaja, mana tahu semua tu tapi dipermudahkan,” katanya.

Tambahnya, insiden itu menimbulkan keinsafan pada dirinya kerana pembunuhan berlaku setiap hari di bandar-bandar didiami saudara Islam.

“Tentera Bashar sengaja sasarkan tempat orang ramai, selalunya di masjid pada hari Jumaat dan hospital.

“Bunyi bom barmil dan bom kimia menjadi lumrah. Susah payah di sini tak terasa sangat, sebab sejak kecil hidup sederhana. Penduduk pula terima kami macam ahli keluarga, rasa seperti berada di Malaysia,” katanya.

Mengulas segelintir pihak yang melabel rakyat Malaysia yang berjihad di Syria sebagai militan, Mohammad Fadhlan berkata, tidak dinafikan berasa sedih dengan tuduhan itu.

“Sedih juga bila orang panggil kami macam tu, tapi saya tak kisah. ALLAH SWT tahu apa yang kami buat. Rasulullah SAW pun banyak menyertai peperangan, Baginda cintakan jihad. Takkan kita yang cintakan Rasulullah nak tinggalkan jihad?,” katanya.

Oh! Media : Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas