Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Pernah Nak Report Polis Sebab Orang Cakap Saya Ni Black” – Black Hanifah

Copy2bof2badd2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btextpng

Umum

“Saya Tak Pernah Nak Report Polis Sebab Orang Cakap Saya Ni Black” – Black Hanifah

Hari tu kecoh satu Malaysia yang Haneesya Hanee dikecam teruk dengan netizen sebab asyik cakap pasal kulitnya hitam. Siap mak dia buat report polis gais terhadap netizen yang melampau sangat kata-katanya!


Kali ni Black pula muncul dan meminta Haneesya agar tak cepat melatah dan jadikan kekurangan itu sebagai senjata sebab dia pun kulit gelap juga. Tak ada pun dia nak report polis? Hitam tu kan manis? Hehehe.

Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial. Dia masih terkejut di mana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata. Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri. Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya. Black adalah hitam dan hitam adalah manis. Pada saya, Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

IKLAN

Oh! Youtube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas