Connect with us

Oh! Media

Saya Pun Tidak Setuju – Rafizi Ramli

Oh! Politik

Saya Pun Tidak Setuju – Rafizi Ramli

Ramai orang tidak berpuas hati dan mengkritik langkah yang diambil kerajaan baru dalam isu PTPTN. Ia turut mendapat perhatian dari bekas ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli yang dilihat ramai menyatakan rasa kecewa kepada beliau.

ADVERTISEMENT

Rafizi dalam satu kenyataan berkata, beliau turut tidak bersetuju dengan kaedah Potongan Gaji Berjadual (PBG) yang diumumkan kerajaan itu.

“Saya faham maklum balas ramai peminjam PTPTN mengenai peraturan potongan gaji. Saya pun tak setuju,”.

“Insya-ALLAH perkara ini dibawa ke peringkat dalaman dan ada penyelesaiannya nanti.

“Saya serahkan kepada kawan-kawan dalam kerajaan untuk kaji balik. Kalau tak ada perubahan saya bersuara,” katanya.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya akan mengemukakan nota segera kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Kementerian Pendidikan mengkaji semula kaedah berkenaan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas