Connect with us

Oh! Media

Satu Lagi Peranti Untuk Samsung Siri A Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Ohmedia a21 1jpg

Umum

Satu Lagi Peranti Untuk Samsung Siri A Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Samsung dikatakan akan melancarkan satu lagi Siri A pada penghujung bulan ini, iaitu Samsung Galaxy A21. Sebelum ini khabar angin mengatakan peranti ini akan hadir dengan chipset Exynos 850 dengan 15W fast charging, tapi sejauh mana kebenarannya?

Dikatakan peranti ini akan dilengkapi dengan Exynos 850 yang kelajuannya boleh pergi sehingga 2.0GHz dimana dikombinasikan dengan 3GB RAM. Berdasarkan latest leak, Galaxy A21 akan disokong dengan quad-camera.

Dari segi spec kamera berkenaan, ia hadir dengan 28MP dengan f/2.0 sebagai kamera utama, 8MP untuk sudut lebar, dua kamera lagi dilengkapi dengan 2MP dengan sensor yang tidak diketahui. Untuk kamera hadapan pula, ia hadir dengan 13MP, punch-hole pada skrin.

IKLAN
Sumber gambar dari Technave

Dari segi paparan, ia mempunyai saiz skrin sebesar 6.5 inci, dimana ia dikatakan akan menggunakan panel paparan PLS TFT, lebih kurang seperti panel IPS yang dbangunkan oleh Samsung tetapi jauh lebih murah.

Selain itu, Samsung Galaxy A21 juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong 18W pengecasan pantas. Dikatakan juga harga untuk peranti ini dijual sekitar RM1,000.




OHMEDIA: MEMANDNGKAN IA HANYALAH JANGKAAN, SAMA-SAMA KITA TUNGGU KEBENARAN SPEK KHABAR ANGIN NI.

Sumber: Technave

+Baca respon pembaca bakal lancar Samsung Siri A hujung bulan ini di Facebook Oh! Media



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas