Connect with us

Produk Kosmetik Dilabel Syok Sendiri Kerana Nak Beli Panggung Wayang

Branded

Produk Kosmetik Dilabel Syok Sendiri Kerana Nak Beli Panggung Wayang

Kecoh di Twitter pasal khabar angin satu produk Melayu nak beli panggung wayang tapi kena hentam teruk oleh natizen terutamanya orang Melayu sendiri. Normal lah tu ramai tak senang tengok bangsa sendiri maju. Tapi ada juga yang positif.

Print screen di Instagram Satin Skinz.

Melalui satu status yang dimuat-naik ke Facebook & Instagram mereka, nampak juga hint yang diorang nak beli rangkaian panggung wayang terbesar di Malaysia, iaitu TGV. Dalam beberapa kemaskini tersebut, timbul isu bahawa Satin Skinz terlalu mendabik dada dan syok sendiri hingga ingin bertindak membeli panggung wayang hanya sebagai tanda cinta kepada Isteri.

Oh! Media rasa kalau cerita ni betul, sebenarnya bagus lah kan ada jenama tempatan yang berjaya ke tahap macam ni. Rezeki masing-masing ada buat apa nak kecam rezeki orang lain? Kalau betul itu kan satu berita baik untuk usahawan Melayu kita. Petanda produk tu laris dan dipercayai.

Hentikanlah kecaman-kecaman kepada perniagaan orang ni. Kalau tak boleh nak menyokong, elok berdiam diri lebih baik dan gunakan media sosial ke arah yang lebih positif.

Untuk yang tak pernah kenal Satin Skinz, jenama ni diasaskan oleh 2 orang suami isteri (Iskandar & Mimi) sejak tahun 2014 dan mempunyai rangkaian produk kecantikan termasuklah supplement, skincare, jamu, dan banyak lagi.

Oh! Media telah cuba menghubungi pihak tersebut namun mereka tidak mahu memberikan sebarang respon buat masa ini.

Sumber: Satin Skinz – Halal Natural Organic Whitening Product.

Update: Perkembangan Isu Ini

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending

To Top