Connect with us

Oh! Media

Samsung Tidak Sengaja Dedah Smartphone Flagship Terbaru Mereka?!

Umum

Samsung Tidak Sengaja Dedah Smartphone Flagship Terbaru Mereka?!

Seorang YouTuber dari Rusia, Techno Harry mendedahkan bahawa Samsung Rusia pada laman web mereka, mereka telah menambah sebuah model baru untuk Galaxy Note Series ketika sedang melayari laman web berkenaan.

ADVERTISEMENT

Dipercayai model berkenaan dalah smartphone flagship yang akan dilancarkan akan datang, iaitu Samsung Galaxy Note 20 Ultra. Ada yang menganggap bahawa pihak Samsung tidak sengaja memuat naik gambar model baru berkenaan. Bahkan ada yang mengatakan sebaliknya.

Sebelum ini pihak Samsung memang berhasrat mahu melancarkan smartphone terbaru di bawah Galaxy Note series, namun model yang terdedah ini kelihatan sama dengan leak design yang didedahkan sebelum ini.

Dikatakan terdapat waran baru yang akan digunakan untuk smartphone flagship Samsung ini, iaitu Mystic Bronze. Pandangan kami, warna ini kelihatan sangat premium dan sangat sesuai pada Samsung Galaxy Note 20 Ultra ini.

Sumber gambar dari Twitter

Berdasarkan model yang terdedah berkenaan, smartphone ini akan menggunakan sistem tiga kamera sama seperti berita yang didedahkan sebelum ini. Jika diteliti, modle ini kelihatan sama seperti Samsung S20 series.

Khabar angin mengatakan bahawa model ini akan menggunakan cipset Snapdragon 865 dengan disokong oleh RAM sebesar 16GB. Untuk paparan, ia akan hadir dengan saiz 6.9 inci QHD+ dan kamera utama sebesar 108MP. Baterinya pula bersaiz 4,500 mAh dan dilengkapi dnegan next-gen ultrasonic fingerprint sensor.

Dikhabarkan bahawa Samsung Galaxy Note 20 series akan dilancarkan bersama-sama Galaxy Fold 2, Galaxy Z Flip 5G dan Galaxy Watch 3 pada satu majlis yang akan berlangsung Ogos tahun ini.

OHMEDIA: LAWA BETUL WARNA MYSTIC BRONZE NI!

Kredit: Technave

+ Baca respon pembaca Samsung tidak sengaja dedah smartphone flagship terbaru mereka di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas