Connect with us

Oh! Media

Samsung Memperkenalkan Beberapa Aksesori Telefon Dan Audio Baru

Umum

Samsung Memperkenalkan Beberapa Aksesori Telefon Dan Audio Baru

Samsung telah memulakan langkah mereka, lupakan tentang masalah Note 7, syarikat teknologi dari Korea ini kelihatan seperti menarik perhatian pelanggan mereka dengan menawarkan diskaun tunai, warna baru dan pelbagai tawaran lain. Kali ini, beberapa aksesori hiburan dan telefon diperkenalkan dan dipasarkan eksklusif secara online. Semua produk-produk baru akan dikeluarkan pada November ini, masa untuk membeli-belah semasa percutian anda.

Sebelum anda dihujani dengan iklan Black Friday dan Cyber Monday, di sini Samsung mempamerkan aksesori baru untuk peranti mudah alih anda. Mereka kini sedia ada untuk dijual di Korea Selatan.

ADVERTISEMENT

Mendahului dalam senarai, Wireless Speaker Bottle yang mempunyai reka bentuk seperti botol. Motion-controlled Wireless Speaker Bottle ini bertindak balas kepada gerakan seperti menggoncang atau pergerakan seperti menuang air dan warna akan berubah. Ia menawarkan audio 360 darjah untuk pengalaman mendengar yang lebih baik, ia boleh dikawal dan disesuaikan dengan Lux Manager App.

Terdapat juga Wireless Tray Charger yang mampu mengecas sepasang peranti pada masa yang sama. Anda juga boleh mengecas sehingga tiga peranti dengan menggunakan usb port/kabel. Satu lagi aksesori untuk dijual adalah Battery Pack Kettle yang boleh didapati dalam dua variasi: 5100mAh dan 10200mAh. Anda juga boleh memilih antara mint blue atau versi coral pink.Ia didatangkan dengan tali pergelangan tangan untuk memudahkan dibawa kemana sahaja dan kabel kickstand membolehkan anda untuk meletakkan telefon dalam keadaan berdiri ketika mengecas. Ia juga berfungsi dengan baik sebagai cahaya new USB LED Light yang menukar peranti kepada bekas lampu padat.

The Scoop adalah satu lagi speaker wireless mini yang membolehkan anda membawanya mana-mana sahaja. Ia mempunyai strap dan splash resisant tambahan dengan plus intuitive controls. Anda juga boleh menggunakannya untuk menerima panggilan melalui sambungan Bluetooth. Ia adalah sesuai untuk aliran muzik sama ada di luar atau dalam bangunan.

In-ear Headphones Rectangle Design adalah sepasang aksesori audio baru dimana menampilkan kualiti audio premium kepada pengguna. Ia amat anggun lagi teguh dan kukuh ditambah pula reka bentuk yang menggabungkan logam dan kain.

Kepada yang ingin mendapatkanya, boleh dapati di laman web Samsung.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas