Connect with us

Oh! Media

Samsung Developer Conference 11 November Ini

Ohmediamy samsung developer conferencejpg

Umum

Samsung Developer Conference 11 November Ini

Artikel oleh: SyedTerritory



Pada Oktober tahun lalu, Samsung mengadakan acara Samsung Developer Conference mereka buat pertama kalinya di San Fransico yang mana Samsung memperkenalkan beberapa SDK (Software Development Kit) termasuk Mobile SDK, Smart TV SDK, Multiscreen SDK, dan juga KNOX Enterprise SDK Beta untuk pembangun aplikasi.


Samsung turut mengumumkan perancangan untuk membuat penambahbaikan Samsung Mobile SDK dengan memperkenalkan S Health SDK bagi Samsung Galaxy S5 yang dikuasakan oleh Samsung Health Platform yang diperkenalkan pada MWC2014 awal tahun ini.

izen SDK for Wearable and Samsung Accessory SDK

Tizen SDK untuk wearable device dan juga Samsung Accessory SDK turut diperkenalkan bagi siri Samsung Gear dan Samsung dilihat cuba memperbaiki hubungan mereka bersama para pembangun dengan memperkenalkan lebih banyak SDK kepada para pembangun aplikasi.


Samsung telah pun mengumumkan tarikh bagi acara Samsung Developer Conference pada tahun ini yang akan berlangsung pada 11 November hingga 13 November di Moscone West, San Francisco. Sama-sama kita nantikan apakah perkara baru yang akan diperkenalkan pada acara tersebut nanti.


Rujukan: SamsungTomorrow 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas