Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebabkan dia kerugian ratusan ribu ringgit. Dia telah mengesan perkara ini sejak tahun lalu apabila dia mengetahui produk bengkungnya itu dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga asli.
“Tentang barangan kita iaitu bengkung, ada dikesan dijual di beberapa web e-dagang serta pusat pemborong. Saya sangat tidak berpuas hati kerana ia beri impak besar terutama kepada pengguna serta pihak stokis. Kami dapat aduan ada pengguna cedera apabila guna produk bengkung tiruan ini. Ia adalah sangat berbeza dengan produk original kerana ia lebih berkualiti,” katanya .
Tambah Sajat, perbezaan ketara pada produk original iaitu dari segi jahitan, tagging serta logo. Dakwanya, mereka mengambil untung atas angin kerana menggunakan nama dan populariti dirinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.