Connect with us

Oh! Media

Saintis Berjaya Cipta Plastik Boleh Dimakan

Umum

Saintis Berjaya Cipta Plastik Boleh Dimakan

Pencemaran alam sekitar melibatkan bahan plastik menjadi salah satu bahan yang paling susah untuk terurai dan mungkin memakan masa yang sangat lama. Pembuangan bahan ini boleh mengakibatkan kematian banyak haiwan lebih-lebih lagi penghuni lautan.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, saintis dari India dan Rusia berjaya mencipta beg plastik makanan yang selamat untuk dimakan bagi membungkus apa jua produk seperti roti, daging, serta makanan laut.

Memetik laporan Good News Network, plastik pembungkus itu direka untuk mengantikan plastik sedia ada yang merupakan salah satu bahan yang sukar untuk terurai mahupun dikitar semula. Ciptaan baharu ini menggunakan bahan semula jadi yang dijamin selamat untuk manusia dan alam sekitar.

Penyelidikan itu disiarkan dalam penerbitan Journal of Food Engineering. Menurutnya, plastik ini boleh dikitar semula dan boleh dimakan kerana ia diperbuat daripada bahan aktif yang terdapat dalam rumpai laut iaitu sebatian biopolimer natrium alginate.

Sebatian biopolimer natrium alginate dalam rumpai laut mempunyai sifat seperti plastik. Kelebihan utama natrium alginat adalah ia berfungsi seperti gel-cecair dalam medium berair.

Penyelidik kanan makmal sintesis organik Universiti Persekutuan Ural berkata, molekul alginat berkait rapat dengan asid ferulat yang mempunyai sifat antioksida mampu memanjangkan hayat produk.

Menurutnya lagi, makanan akan kekal segar lebih lama kerana komponen antioksida melambatkan proses pengoksidaan dan plastik ini juga bersifat larut air hampir 90% dalam masa 24 jam.

Plastik alga ini juga boleh dihasilkan oleh pengeluar sektor polimer. Syarat utama adalah ia perlu memenuhi piawaian pengeluar makanan.

Turut serta dalam kajian tersebut adalah saintis dari Universiti Sri Venkateswara dan Sri Padmavati Mahila Viswavidyalayam serta disokong oleh Suruhanjaya Geran Universiti dengan Institut Pusat Kejuruteraan dan Teknologi Plastik di India.

Kredit: Kosmo!, Good News Network

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas