Connect with us

Saiful Bukhari Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim

Umum

Saiful Bukhari Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim

Dalam perkembangan mengejutkan,Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik saman fitnah RM50 juta beliau terhadap bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara atas sabitan meliwatnya.

Latheefa Koya, peguam yang mewakili Anwar bersama Shahid Adli Kamaruddin berkata, perkara itu disampaikan peguam Saiful, Zamri Idrus kepada hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan semasa pengurusan kes pagiini.

“Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu,” katanya.

Latheefa berkata, hakikat yang Saiful menarik balik tindakannya itu,lebih membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya itu pada 2008. Sebelum ini, hakim menetapkan perbicaraan untuk bermula pada 10 Ogos.

Saiful terdahulu meminda pengakuan yang mahkamah perlu mendapati Anwar bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepadanya (Saiful) selepas ketua umum PKR itu disabitkan dengan kes liwat itu.

Bagaimanapun, Anwar mengambil langkah menyekat tindakan itu, menyatakan sabitannya kerana salah laku seksual tidak boleh dipercayai untuk tindakan sivil, kata Latheefa.Dalam kes jenayah itu, Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April tahun lepas yangAnwar bersalah meliwat Saiful, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful, 30, yang memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan yang dialaminya sejak 2008 akibat diliwat Anwar.Dalam pernyataan tuntutannya, Saiful berkata Anwar menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi terhadapnya melalui laporan polis berhubung dakwaan liwat itu.

Saiful juga berkata, beliau tidak berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai diliwat Anwar, dan kejadian liwat itu berlaku di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di Kuala Lumpur pada 2008.Bekas pembantu itu berkata, beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang percaya dakwaan Anwar terhadapnya, sambil menambah, beliau juga dipersendakan di media sosial.

Anwar dalam pembelaannya menafikan meliwat Saiful, mengatakan dakwaan itu palsu, sambil menambah bekas pembantunya itu tidak mempunyai sebab munasabah dalam tindakannya serta saman fitnah itu remeh, menyusahkan dan satu salah guna proses mahkamah.

Anwar berkata dalam kes sivil, beban bukti terletak pada Saiful danbeliau bersandar kepada pembelaan berdasarkan fakta yang benar, perlindungan mutlak dan perlindungan bersyarat untuk mencabar saman itu.

Sumber:  The Malaysian Insider

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top