Oh! Tidak
Safawi Rasid Bakal Jadi Pemain Paling Mahal Rantau Asia Tenggara
Berita mengenai penyerang sensasi kelab ternama tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang mendapat tawaran berpeluang untuk bermain kelab liga utama Portugal, Portimonense SC kian mendapat perhatian hangat.
ADVERTISEMENT
Pengarah Urusan Action Football Asia, Jagan Abdullah mengakui bahawa harga Safawi akan meningkat sekiranya dia berjaya menempatkan diri dalam pasukan berkenaan. Menurut info dari transfermarket.com, buat masa ini nilai Safawi adalah RM 1.6 juta dan akan meningkat kepada RM3 juta sekiranya kekal beraksi disana.
Sumber gambar dari AFC |
Beliau juga tidak menolak bahawa Safawi mampu menjadi pemain Asia Tenggara jika dia beraksi cemerlang bersama kelab berkenaan. Disamping itu, Safawi turut berpeluang dapat tawaran dari kelab terkenal seperti Porto dan Benfica.
OHMEDIA: RASANYA INI BUKAN KALI PERTAMA BERITA PEMAIN KITA MENDAPAT TAWARAN DARI KELAB EROPAH UNTUK BERMAIN DISANA, NAMUN TIDAK KESAMPAIAN. HARAPAN AGAR SAFAWI KEKAL LAMA DISANA DAN MENJADI CONTOH KEPADA PEMAIN YANG LAIN.
Kredit: Harian Metro
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:ohtidak

Comments